Saturday 1 March 2014

Luahan Encik Nadzmie

Assalamualaikum...

enciknadzmie@blogspot.com

So, izinkan saya menjawab kenyataan Tun Mahathir (takde masalah kalau anda menjadikan Tun Mahathir sebagai idol sbb saya takde nak kutuk2, semuanya pendapat dari sudut manusia yg dpt pendidikan profesional)6) Saya akui memang terdapat ramai umat Islam yang bepecah dan berperang, tapi ini semua berdasarkan fahaman. Sepertimana agama kristian turut mempunyai fahaman Katolik dan Orthodoks. Bukan lah saya ingin membandingkan agama Islam dan kristian tetapi saya ingin menunjukkan bahawa penterjemahan dan pemahaman yg berbeza akan membawa kepada kepercayaan yg berbeza. Contoh terbaik yang boleh saya beri adalah orang Melayu di Malaysia sendiri. Kita berbicara dgn bahasa yang sama, tulisan yg sama, dan kita ikuti Mazhab Syafie yang sama, Ahli sunnah wal jamaah, tetapi mengapa org melayu masih lagi bermusuhan sesama sendiri? Ini kerana terdapat kefahaman yg berbeza. Tun juga perlu ingat masih lagi ada faktor 'kepentingan-diri' di mana ramai yg berhujah kerana kepentingan diri. Selagi masih terdapat manusia sebegini, selagi itulah manusia akan masih bermusuhan antara satu sama lain.7) Saya diajar semenjak kecil bahawa Allah tidak pernah mendiskriminasi sesiapa kerana bahasa. Bahkan saya diajar untuk berniat dan membaca terjemahan Quran untuk meningkatkan pemahaman saya dalam Islam. Namun, saya juga di ajar untuk mendalami bahasa Arab kerana itu bahasa yg dituturkan oleh Rasulullah S.A.W. Saya masih lagi tidak mahir berbahasa arab, tetapi saya mengagumi bahasa arab itu sendiri kerana keindahannya apabila mendengar alunan bacaan Al-Quran. Saya percaya tiada org yg menghukum Tun melainkan Allah sendiri, cuma Tun dilabel oleh sesetengah orang yang berfikiran sempit sepertimana yg Tun dakwa. 8) Tun pernah dilabel sebagai kafir kerana bekerjasama dgn org kafir. Saya percaya Tun merujuk kepada majlis usahasama antara Tun, Profesor Ismail Faruqi dan Pope John Paul ke II pada tahun 2011. Sekali lagi saya merasakan Tun dilabel sedemikian  oleh mereka2 yg berfikiran sempit. Namun saya juga tahu yang masih ramai ulama yang mempertahankan tindakan Tun ketika itu. Jadi saya ingin membidas kenyataan Tun dimana Tun mengatakan tiada ulama yang menyokong tindakan Tun ketika itu.9) Apabila Tun menyatakan 'org yang sama mengatakan Allah s.w.t juga mencarut', saya percaya Tun merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz pd tahun 2009 dimana saya memetik TGNA berkata "Hok Allah pung CARUK gak.." Telah saya selidiki dengan rakan2 saya yang berasal dari Kelantan, dan semuanya bersetuju yang ayat itu bila diterjemahkan ke bahasa melayu yg betul adalah "Bahkan Allah juga mencelakakan orang2 itu...". Sebagai rakyat Malaysia, saya agak kecewa bila orang mempersendakan TGNA bila beliau berceramah dlam loghat kelantan, tapi media massa telah memputar belitkan ayat itu untuk kepentingan politik. Jadi Tun sebagai orang yang berpendidikan pasti boleh memahami kenyataan saya ini. Lagipun, Allah juga mempunyai nama Al-Jabbar (Maha Perkasa), Al-Qahhar (Maha Pemaksa), Al-Khafidh (Maha Menjatuhkan), Al-Hakam (Maha Menghukum) dan banyak lagi dari 99 nama Allah itu. Ini juga disebut TGNA sebagai maksud Allah itu samseng. Namun TGNA juga melanjutkan keterangan bahawa sifat2 itu jika di buat oleh manusia dikira samseng, namun tidak kepada Allah. 



Sebagai seorang Islam yg hidup di Malaysia, baru2 ini kita dikejutkan bila Kassim Ahmad membuat kenyataan dan buku yang secara terang menolak hadis. Dan makin dikejutkan pula dgn kenyataan Tun Mahathir, Bekas Perdana Menteri Malaysia apabila beliau menyokong pula kenyataan Kassim Ahmad. Beliau ada membuat kenyataan rasmi di blog beliau dan buletin terkini online ada memetik kenyataan beliau. Di sini saya ingin menyatakan bahawa saya bukan lah seorang ulama', cuma orang biasa yg mempunyai sedikit ilmu agama, tapi sayangkan agama. Saya tidak bersetuju dgn kenyataan beliau berkenaan hal ini, jadi saya ingin menjawab sendiri kenyataan beliau berdasarkan pandangan saya sendiri. Saya tidak mewakili mana2 badan politik mahupun mana2 persatuan, semua ini adalah pendapat saya sendiri di dalam keadaan syaa sedar akan tindakan saya sendiri tanpa paksaan mana2 pihak. Kenyataan Tun Mahathir boleh di baca di blog buletin terkini online di:-


http://buletin-terkini-online.blogspot.com/2014/02/luahan-tun-mahathir-berkenaan-isu-anti.html


1) Saya antara org yg anti-anti hadis, tp bagi saya, melarang orang lain dr membaca kenyataan Tun adalah tindakan yang menunjukkan pemikiran yg sempit dan tidak patut di praktikkan. Saya berpendapat yg org menentang kenyataan Tun sepatutnya baca kenyataan Tun dan berikan pendapat masing2, contoh nya saya. Kami tidak perlu takut akan menghukum org yg mengamalkan anti-hadis kerana kami berpegang teguh kepada kenyataan berani kerana benar.

2) Seperti diatas, kami juga berani kerana benar. Kami berpegang teguh kepada hadis kerana itulah sumber2 sunnah.

3) Jika kita dilarang berfikir sepertimana didakwa Tun, bagaimanakah umat Islam boleh melahirkan cendekiawan Islam dalam bidang sains seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Khwarizmi? Mereka ini lahir kerana Islam menggalakkan umatnya berfikir mengenai kejadian alam. Daripada Abu Zar r.a, Rasulullah bersabda

"Berfikirlah kamu berkenaan makhluk Allah dan jangan kamu berfikir berkenaan Allah nescaya kamu binasa."


Berdasarkan hadis diatas, umat Islam diajak berfikir mengenai seisi alam. Jika tidak, masakan kita boleh maju dan dapat melihat cendekiawan Islam menjadi tersohor dalam sejarah dunia.

4) Apabila Tun mempertahankan kenyataan Kassim Ahmad dimana Tun menyindir pihak yang membuat laporan polis, tentulah Tun juga dilabel sepertimana Kassim Ahmad. Sepertimana bila pengikut PR membela Lim Guan Eng, dilabel sebagai pengkianat melayu dan pengikut BN membela Zaid Hamidi, dilabel sebagai macai. Penglabelan adalah perkara lumrah bagi masyarakat dan komuniti. Saya juga bakal dilabel setelah secara terang-terangan memberi kenyataan terhadap luahan Tun oleh penyokong kuat Tun.

5) Di bahagian ini saya menyokong Tun. Tidak semestinya tidak tahu berbahasa Arab bermaksud kita tidak boleh memberi komen dan pendapat ataupun berdakwah. Namun seperti yg saya katakan, tidak semua yg berpendapat sedemikian.


10) Jika dah namanya sunat, mengapa pula Tun berkata ada gesaan bahawa ianya wajib? Boleh saya tahu siapakan ulama yg menyatakan sedemikian? Hadis juga memberitahu kita sunnah2 Nabi, dimana kita digalakkan mengikut utk mengetahui cara hidup Nabi. Saya juga tidak pernah mendengar bahawa kita wajib untuk mengikuti Sunnah Nabi sebagai perkara wajib. Boleh Tun terangkan sumber2 ini?

11) Ulama tafsir dan ulama hadis mesti bekerjasama untuk mentafsir ayat Al-Quran. Ini kerana walaupun kita memahami bahasa Arab, tetapi banyak ayat Al-Quran yg tafsiran nya menimbulkan keraguan dari segi pemahaman secara khusus. Antara punca perselisihan pendapat yang kian menular dan tidak dapat dibendung adalah kerana umat Islam sudah tidak prihatin terhadap kepentingan mempelajari ilmu hadis. Antara ulama yang buruk akhlaknya sanggup mengeluarkan pendapat tanpa meneliti daripada al-Quran dan hadis yang disepakati kesahihannya. Perbuatan ini akhirnya menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

12) Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim

Saya tak nampak ayat dalam Al-Quran yang melarang hukuman ini ataupun yang menyatakan hukuman yang sepatutnya utk dosa zina sekiranya hadis ini salah. Boleh Tun atau siapa2 terangkan?

13) Islam telah pun memberi garis panduan  untuk menjatuhkan sebarang hukuman seperti hudud. Seperti contoh, jika tuan2 dan Tun masih ingat semasa sekolah rendah kita diajar syarat2 untuk menjatuhkan hukuman untuk pesalah fitnah. Hendaklah dikemukakan bukti, jika tidak 4 orang saksi yang mempunyai kredibiliti dan sebagai nya. Siasatan wajib dijalankan sekiranya tidak terdapat bukti dan saksi yang cukup. Siasatan termasuklah kenyataan dari yang tertuduh sendiri. Tidakkah itu cukup untuk mempertahankan diri? Kalaulah Tun merujuk kepada undang Malaysia lebih lengkap dari undang2 Islam, masakan Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998, dipukul dan dipenjarakan selama 6 tahun, kemudian di bebaskan pada tahun 2004 semata2 tidak bersalah? Adakah undang2 sebegitu lebih baik dari undang2 Islam? Adakah Anwar Ibrahim diberi peluang untuk mempertahankan diri? Tidak..

14) Apabila perbicaraan mengambil tempat, itulah dikatakan sebagai mahkamah. Berdasarkan kenyataan Tun, Tun pasti merujuk kepada mahkamah moden mahupun mahkamah barat dimana kita mesti mempunyai pendakwaraya, peguambela dan juri. Mengapakah kita sebagai umat Islam perlu mengikut telunjuk barat sekiranya kita ingin mendukung undang2 Islam?

15) Tun sendiri berkata bahawa Allah itu Maha Adil. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka" Surah Ar-Ra'd Ayat 11. 

Ayat ini mengatakan bahawa nasib kita cuma boleh diubah sekiranya kita berusaha. Ingin saya petik sebenarnya tiada manusia boleh menentang ketentuan Allah. Sekiranya kita berusaha untuk membebaskan diri dan kita bebas, bermaksud itulah ketentuan yg telah Allah tetapkan untuk kita. Kita sebagai manusia tidak boleh meramal apakah ketentuan Allah, so there is no such thing as destiny or fate. Ketentuan Allah adalah perkara yang tiada siapa tahu, jadi tidak salah bagi saya untuk kita berusaha.

16) Telah saya katakan yang Ahli Tafsir dan Ahli Sunnah mesti bekerjasama. Sebab itu tidak salah jika kita berpegang pada Quran dan Hadis. Sekiranya terdapat pertentangan pendapat antara Quran dan Hadis, maka wajib kita berpegang pada Quran kerana Quran adalah kitab yang diturunkan Allah s.w.t kpd Nabi manakala Hadis adalah himpunan ayat oleh para sahabat. Tetapi, bolehkah Tun menunjukkan Hadis dan Sunnah yang bertentangan?

17) Saya tidak bersetuju apabila Tun mempersoalkan kelayakan ulama pada mereka yg mendalami ilmu Islam dan memahami bahasa Arab. Jadi secara mudah ingin saya jelaskan dengan bertanyakan beberapa soalan kepada Tun dan tuan-tuan sekalian. Jika mereka yg cuma mendalami ilmu agama boleh dipertikaikan kelayakan mereka sebagai ulama, jadi siapa yang boleh digelar ulama? Adakah menteri yang mengaku berjoli di meja judi, ahli politik yang tidak mempunyai sebarang pendidikan ilmu agama bahkan tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam apa2 bidang kecuali STPM layak dipanggil ulama? Ingin saya mengingatkan Tun yang ada juga org menyokong pemikiran Tun didalam isu anti hadis juga memanggil diri nya sebagai ulama didalam parti UMNO. 

18) Tiada hukum wajib terima bulat2 dalam isu hadis. Setiap hadis mestilah diteliti oleh ahli ulama sebelum diisyhtiharkan sebagai hadis sahih. Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai Majlis Fatwa Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Agama Negeri. Apa guna kesemua badan kerajaan ini jika mereka tidak berusaha untuk membuat kajian dan mendidik umat Islam dalam isu hadis dan Quran? 

19) Perpecahan umat Islam mengikut mazhab tidak boleh disalahkan kepada Hadis, kerana seperti yang telah saya terangkan, ini bergantung kepada pemahaman manusia sendiri. Bangsa Melayu yang mempunyai bahasa yg sama juga berpecah walaupun kita mengikut Agama dan Bahasa yg sama. Semuanya akan jatuh kepada diri masing2.

20) Kami bukan katakan Tun Mahathir anti-hadis kerana tulisan Tun ini. Tetapi berdasarkan kenyataan Tun yang menyokong Kassim Ahmad sendiri. Tun dan Kassim masing2 mendakwa semua kenyataan anda betul dan tiada ahli ulama yang boleh menyangkal dakwaan Tun dan Kassim. Izinkan saya bertanya, pernahkan Tun dan Kassim mencabar atau menganjurkan debat diantara pihak Tun dan Kassim melawan Ahli Ulama Malaysia secara terbuka? Selagi tidak ada, Tun dan Kassim cuma masuk bakul angkat sendiri, walhal sebenarnya Tun dan Kassim yang tidak pernah membuktikan kenyataan anda itu sahih dan boleh diikut.

PS:-

Di sini saya ingin menyudahkan nukilan saya ini dengan beberapa kenyataan dan soalan. Sekiranya Tun beranggapan Hadis tidak boleh diikut kerana mengelirukan umat Islam, mengapa Tun tidak menyuarakan pendapat Tun sebagai Perdana Menteri dahulu dan memastikan Majlis Fatwa melarang penggunaan hadis? Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menfatwakan buku Kassim Ahmad sebagai sesat? Di sini saya tunjukkan keputusan majlis fatwa

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-kumpulan-anti-hadis-0

Dan saya ingin tegaskan, bahawa Hadis adalah himpunan nasihat dan kata2 Rasulullah s.a.w. Tidakkah tindakan Tun dan Kassim yang menolak hadis itu seolah2 menolak Rasulullah? Sedangkan Allah telah berfirman bahawa Rasulullah telah di utuskan sebagai penyelamat umat Islam? Tidakkah menolak Rasulullah itu sama sahaja dengan menolak Allah yg telah mengutuskan Baginda? Secara automatik Tun dan Kassim juga telah menolak Islam dan juga Quran.. Nauzubillah.

Di sini saya juga selitkan pengertian ulama dari saudara Ustaz Idris Ahmad.

http://idrisahmad.wordpress.com/2009/05/04/pengertian-%E2%80%98ulama%E2%80%99-dan-ciri-ciri-ulama%E2%80%99/

Sekiranya nukilan saya menyinggung mana2 pihak, saya ingin memohon maaf dan harap Allah menunjukkan jalan yang benar kepada saya dan juga kepada semua umat Islam di luar sana..