Thursday 27 February 2014

Tsunami di Jepun, satu bala atau petunjuk?



Salam kepada semua rakan-rakan..

Seperti yang kita tahu, pada tahun 2011 kita dikejutkan dgn kisah tsunami di melanda Fujiwara Province di Jepun, yang mengakibatkan stesen reaktor nuklear di sana mengalami breakdown yg boleh dikatakan sebagai sangat membimbangkan. Bahkan dikhuatiri daerah Fujiwara akan menjadi Nagasaki kedua. Maybe ya'll tak ingat dah sbb cerita ni dah hampir 3 tahun semenjak kejadian ni. Cerita ni hampir sama dgn kes Chernobyl, Ukraine. Ni ade sikit info untuk korang baca 

http://en.wikipedia.org/wiki/Chernobyl_disaster

Tapi timbul pulak spekulasi tentang sebab mengapa musibah ini terjadi. Tetibe, ramai pula orang ramai yang ade kebolehan seperti malaikat. Kenapa aku cakap macam ni? Kalo dah nama nye kuasa Tuhan, macam mana orang biase boleh tentukan sebab terjadi perkara ni? Ramai pulak orang ade kebolehan jadi prophet sambilan, boleh berkomunikasi dengan Tuhan dan bgtau kat orang lain kenapa Allah turunkan bala macam ni ke Jepun. Semua ade teori agama masing2 dan tiba2 pulak ade tauliah jadi ulamak.

Ramai yang share dengan aku link video dgn notes menunjukkan Jepun ni negara yang kejam dengan tak berperikemanusiaan. Tak kurang jugak dgn warga emas yang ckp Jepun ni kena bala sebab sikap kejam diorang masa Perang Dunia Kedua dulu. Basically apa yang diorg mula ckp adalah apa yg jadi kat Jepun adalah balasan terhadap perbuatan kejam diorg dari dulu sampai sekarang.

Aku tak nafikan yang Jepun ni bukan nye negara yang baik sangat pun walaupun aku suka kat Jepun. Korang tau tak yang Jepun adalah pengguna balak terbesar dunia? Bahkan diorang menggunakan balak dengan banyak, sehinggakan 55% balak yang keluar dari Hutan Hujan Amazon digunakan oleh Jepun. Dan korang tau tak yang Jepun adalah antara negara yang membenarkan pemburuan ikan dolphin (lumba-lumba) dan ikan paus dan menganggap ianya hanyalah satu industri perikanan? Tak percaya? Meh sini aku bg link video.  


Sebelum korang mengkritik hebat video nih, aku just nak inform yang aku bukan nye pro negara Jepun tuh. Aku cume seseorang yang minat dengan budaya dan cara kerja disiplin diorang je. Paling kuat pun, aku ni termasuk dalam kategori peminat anime Jepun. So bile korang mengkritik negara Jepun tuh, ade aku kisah? Cuma aku membidas keterangan korang yang bencana yang melanda Jepun tu sebab diorang makan ikan. Ade nampak tak betapa bangang nye ayat yang aku highlightkan tu? 

Memang lah kejam bile kite tgk video tuh, tapi aku dah send video link tu kat kawan aku yang dok kat Jepun nun (FYI, dia Japanese). Ikut kan ajaran pendek die, ini yang die bgtau aku "The ritual in the video shows that they are praying at the Spirits and Gods of the Sea to forgive them and blessed them in this hunt". At least diorg ade gak la mintak kat Tuhan diorg.

Kat sini aku ade dua lagi link video. Makhluk yang diburu tu pun sama gak, ikan dolphin gak, beza nye satu orang Denmark, satu lagi dari Solomon Island. Tapi yang aku pelik lagi hairan bin ajaib, kenapa takder sekor pun hamba Allah yang share link dengan aku? Cube korang copy dan paste kat browser korang, pastu tengok puas2.



Kalo korang dah tengok, aku rase dua bangsa ni lagi bangang dan buduh reason die buru dolphin. Yang dari Denmark tu buru dophin sbb tu upacara nak tunjukkan diorang tu lelaki dewasa. Maksud nye kalo diorang tak buat, orang lelaki Denmark ni takde telur ke? Yang dari solomon tu pulak sbb tujuan rekreasi. Untuk pengetahuan korang, Kepulauan Solomon ni banyak lagi ikan lain, tapi diorang buru dolphin sbb bagi diorang dolphin tu sama je cam ikan lain. 

Kalaulah korang cuba justify yang bencana Jepun ni sbb karma, cube justify lak org Eropah dgn orang hulu ni. Kalo korang boleh bagi bukti yang diorg ni bangsa yang teramat mulia dimuka bumi ni sampaikan ape yang diorang buat dgn dolphin ni tak salah dan that's why diorang tak kena bencana, aku akan tarik balik artikel ni. Kalo tak, korang tanggung lah sendiri dosa mengumpat dgn dosa memfitnah hampir 2.8 billion orang Jepun. Kalo korang nak kata diorang tu kafir, korang kene ingat. Mengikut statistik dari OIC (Organization of Islamic Conference), almost 23 percent of Japanese is Muslims. Tahniah, sbb that means unofficially korang baru je memfitnah 6.5 juta saudara kita..

Tapi camner lak dengan Acheh? Ape salah Acheh? Ape Salah Indonesia? Dua negara Asia yang juga mengalami tsunami ni, ape salah diorg? Kenapa negara lain yang bagi aku lagi hina tak kena bencana alam? Amerika adalah salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sesama jantina dan banyak negeri dalam US telah menghalalkan penjualan marijuana di farmasi secara terbuka. Amsterdam adalah antara negara yang menganggap pelacuran dan marijuana sebagai satu industri pelancongan. Kenapa diorg tak kena ape-ape? Bahkan, di mata orang Jepun, ape yang diorang buat dgn ikan dolphin tu, sama jer dengan ape yang kita buat dgn lembu. So? macam mana korang nak justify perkara nih?

So cuba kita muhasabah diri dan pikir, kita ni sebagai warga Malaysia yg Islam pun baik sangat ke?. Instead of a son of a being a bitch that only know how to condemn and just all talk, be the part of the community. Hulurkan tangan, berikan bantuan. Dan kalau korang still rase Jepun ni negara yang kejam, don't just be anybody, be somebody. Make sure your voice and your hand are both meaningful.

Assalamualaikum....

Tuesday 25 February 2014

Makcik Oh Makcik...

Assalamualaikum...

Baru2 ni aku dan kawan aku gi jemputan kat area Kajang. Member group aku kawin, so diorg jemput kitorg. Cerita cam biasa kan? Cam boring je kan? Rilek dulu, ade moral disebalik mukadimah ni.

So sampai je terus bg hadiah dan salam bapa pengantin. Lauk pun lauk standard kenduri kawin, nasik minyak, ayam msk merah, rendang daging, dalca buah. Bahagian ni xde relevan pun, saje nak bgtau. Hehehehe

Ok2, serius sikit. So masa tgh mkn tu, member aku (pengantin lelaki) pun sampai. Diberitahu dahulu yg member group aku ni kira hensem lah jugak org nya. Tiap kali kitorg ade function dia ni diantara org yg awek konfem akan pandang dua kali.

Berbalik ke cerita asal, masa makan aku dgn 2 org kawan aku ni duduk lah kat meja bulat yg kosong. Sebelah meja ni ade lah sorg makcik dgn 2 org anak dia. Meja tu ade 6 kerusi, tp dia dah conquer utk family dia. Tiap kali ade org nak duduk, dia ckp ade org. Bila org tanye dah abis ke belum, dia kata belum, padahal pinggan dia dah tolak tepi dah pun. Tapi tu bukan isu nya. Isu nya time pengantin dtg tu, dia bg komen hampeh..

Makcik : "Tu ke pengantin nye? Yg lelaki hensem, tp yg pompuan tu dah lah buruk, gemuk, nampak tua pulak tu. Isk, Tak padan langsung. Mesti pakai minyak guna2 ni."

Eh2?! Sedap nye mulut mengata org... Yg dia tu cun sgt ke? Tp aku tak kisah, malas nak tegur. Kang kalo jadi kes bertekak buat malu kawan aku je. Pastu laki dia sampai kat meja dia. Tetibe je member aku bersuara..

Member : "Lah?! Tu ke laki makcik ni? Laki nye hensem, tp yg makcik tu dah lah buruk, gemuk, mulut kuat mengata, tamak kerusi meja. Isk tak padan langsung. Mesti kawin dulu pakai minyak guna2 ni"

Tetiba aku dpt rasa macam mana makan ayam masak merah guna lubang hidung kanan pastu minum sirap pakai lubang hidung kiri. Tersedak yang sangat epic beb!! Pelan2 aku pandang makcik tu. Muka putih bedak dia nampak cam baru tepek cili merah, anak2 dia leh gelak2. Laki dia buat muka konfius. Kitorg buat muka selamber dan terus habiskan makan.

Moral of the story adalah, nak sound tepek sila info brother yg tgh mencekik dulu. Hahahahaha

Bukan Politik, Tapi Cerita Je..

Assalamualaikum..

Update lagi pasal Pusat Giat MARA Selayang. Meh sini aku nak cerita. Cerita ni dah lama dah pun. Aku ingat dalam hujung tahun 2012. Aku dok kat selayang, dan lokasi ni dekat je dgn bulatan yang nak gi MPS dan Stadium Selayang nun. Korang tau ape yang kitorg perasan? Kitorg ingatkan ni Bilik Gerakan UMNO. Sebab bendera umno merata2 kat dewan ni. So mula2 kitorg biar je lah, bukan nye kacau kitorg pun kan?

Sampai lah satu masa, ade member aku nak kawin. Di pendekkan cerita, tanya2 lah orang kat mana nak buat kat area selayang ni. Sebut lah dewan orang ramai selayang pandang, dewan orang ramai gombak, pusat giat mara selayang... Eh?! Pusat Giat Mara Selayang?! Ade meh?! So kitorg proceed lah tanye2 kat semua tempat ni. Dan aku ingat lagi masa sampai kat pusat giatmara tu, diorg ckp takleh buat kat situ sbb ni bilik gerakan umno, bukan lagi pusat giat mara. So, takde lah nak marah kan? bende kecik je pun. So kitorg pun lepak minum kat kedai mamak kat jalan selayang segar tuh. Borak2 pasal nak pi mana pulak.

Tgh borak2 pasal nak gi mana, ade lah pakcik ni dengar kitorg sebut pasal Pusat GiatMARA nun. Dia tanya kitorg..

"Korang nak buat majlis kat situ? Dia bagi ke tak?"

"Dia takde lah kata tak boleh, tapi dia ckp lah ni bilik gerakan umno, bukan pusat mara lagi dah.."

Pakcik tu buat muka pelik
"Sejak bila pulak tanah yang mara sewa tu jadi hak milik umno? Saya dah keje kat pejabat daerah selayang dekat 15 tahun dah, tak pernah dengar pulak umno beli tanah tu.."

Aku dgn member diam je lah. Kang komen lebih2 pulak, tak jadi nak carik dewan untuk member aku buat majlis. Tapi secara asasnye, pakcik tu cerita yang Pusat GiatMARA tu memang dah tak macam dewan orang ramai dah. Asyik guna untuk event umno, training anjuran bn dgn umno dan sebagai nya. Orang tempatan cam kitorg nak guna untuk majlis kawin ke, berkhatan ke, qurban aqiqah ke, kene mintak dgn wakil umno situ pulak. Tu pun kene ikut jadual diorg. Local sume dah komplen dgn MARA tp xde feedback.

So bila nampak je post pasal Pejabat Daerah amek balik tanah tu, aku teringat balik cerita ni. Bukan lah nak kondem kat sape2, tp kalo dah nama nye pusat giatmara, knp jadi pusat gerakan umno pulak? kenapa locals kene mengemis untuk guna dewan yang asalnya dibina dengan alasan untuk kegunaan org ramai?

Budak-Budak Sekarang..

Assalamualaikum..

Hari ni aku ke PNB (Permodalan Nasional Berhad). Masa aku tengok no kat display PNB nun 1214. Bila aku amek no keluar 1383. Huh!! Ade seratus orang lagik?! Takpelah, ade tempat duduk, buleh rilek2 lagi. Dalam aku melayan duduk melayan game minion rush tu, aku ade ternampak sorang akak nih, sarat mengandung berpeluh2 tgh carik tempat duduk. So aku pun bangun dan bagi tempat duduk. Bukan nya aku nak berlagak baik tapi biasalah kan? Kalo bukan sebab kesian, kat sekolah pun korang belajar pasal bende ni.

Pastu masa aku jemput akak tu duduk tempat aku, ade pulak sorang budak lelaki nih pi duduk tempat aku, cantik sunnguh pergerakan dia potong aku sebelum aku duduk tu. Rupenye kat sebelah aku tu member dia. so aku cakap lah elok2,

"Dik, ni tempat saya tadi. Boleh tak kalau..."

Tetibe je dia potong ckp aku

"Kalau ape?! Kalo dah bangun tu blah je lah.. Sibuk pulak nak tempat dia balik. Ingat ade cop nama ke ape?!"

Eh?! Budak ni ingat aku ni budak kecik ke? Aku dah tua beb, respek lah sikit. Tapi cool.. Rilek brader... Brader rilek..

"Saya bukan nak balik tempat ni untuk saya, saya bangun tadi sbb nak bagi akak ni duduk, kesian lah dia sarat mengandung" Maybe dia tak nampak so dia buat perangai cam cilaka. So aku explain lah dengan harapan dia minta maaf dan bagi akak tu duduk.

"Alah, tak mati lah kalau dia berdiri. Lagipun dia tak cakap ape, yang kau nak sibuk pulak apehal?!" UIKS?! Apesal bastard sgt perangai budak nih?! Ya Allah, sabarkan lah aku dari menghayun helmet fullface tajaan LS2 ini.

Tetibe akak tu kata "takpe lah dik, akak tak kisah berdiri. Lagipun no akak ni jauh lagi, akak boleh je duduk kat tangga luar tu.." Aku makin menyirap, kordial sirap pun tak macam aku.

Aku baru je nak sambung sound, tetibe je ade 4-5 orang lain bangun offer tempat duduk kat akak tu, pastu berdiri kat sebelah aku sound direct kat budak tu. Yang paling ganas sorang brader biker ni.

"Hoi budak!! Belajar respect orang tua dgn orang yang kurang upaya. Kalau aku jadi bapak ko, memang aku malu dapat anak kurang ajar macam ko. Aku ni sabar je dengar tadi. Kalau aku jd brader ni, aku takkan sabar dgn ko, konfem aku dah hayun sampai bersepai semua gigi ko dengan helmet aku ni. Sebab perangai kurang ajar macam kau lah orang kata budak sekarang ni bangang2 belaka. Kalau kau bukak mulut kurang ajar kau, aku hempas helmet ni kat kat muka bodoh kau"

Budak tu tak puas ati, nak melawan. Brader tu terus gertak nak hayun, terkezut dia.. Hahahaha...

Lepas tu semua orang tengok kat dia dgn kawan dia. Aku rase sbb budak tu dah malu dgn orang ramai, dia blah dari PNB tu. Aku salam dgn brader tu, tiba2 kitorg dgr orang ramai tepuk tangan.. Aku pulak yang malu.

PS- Thanks brader bikerz yang pakai vest harley davidson tadi dan juga orang ramai yg stood up kat budak tu. Dunia ni mmg masih ade scumbag macam budak tadi, tp kita jgn putus harapan sbb dunia ni juga masih ade orang macam bikerz td. Walaupun muka ganaz tp hati baik. Ride on brader...


Mohammad Nazmi
Lokasi PNB Jalan Tun Razak
Januari 2014