Kool Fever Menyebabkan Kecederaan Pada Otak?


Assalamualaikum..

Kebelakangan ni macam banyak sangat orang post pasal Cool Fever tak baik untuk anak. So berdasarkan kajian profesional medical team dari US dan penjelasan dari seorang doktor tempatan. 

http://www.mykoolfever.com/

Alasan yang diberikan adalah "Koolfever akan menarik panas ke tempat yang kita tampal dan panas tu akan tertumpu kat situ. Tapi cara ini bahaya kerana belakang dahi itu adalah otak dan akan menyebabkan anak2 kita terdedah pada bahaya penyakit otak yang di panggil Cerebral Palsy"

Ingin saya bagi penjelasan bahawa kenyataan ini adalah palsu dan tiada sebarang kajian yang membuktikan ini. Koolfever digunakan untuk meredakan panas yang sememang nya tertumpu ke dahi, seperti yang berlaku ketika kita demam. Koolfever tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk 'menarik' (Saya pun tak faham, macam mana nak tarik demam panas?) panas ke sesuatu tempat tertentu dalam badan. Sbb itu terdapat koolfever untuk belakang badan, dada dan juga tempat2 lain.

Celebral Palsy juga bukanlah penyakit yang disebabkan oleh kecederaan otak kerana terlalu panas. Menurut A/Prof Dr Bernard Chin Sze Piaw, Consultant Physician and Cardiologist di Beverly Wilshire Medical Center, Cerebral Palsy ini disebabkan oleh kekurangan oksigen yang berlaku semasa kelahiran. Walaupun istilah palsy itu bermaksud partial muscle paralysis, tapi cerebral palsy ini sebenarnya kecederaan ke bahagian cerebrum. Kecederaan ini akan memberi kesan kepada penglihatan dan pendengaran dan cuma boleh dikesan semasa bayi meningkat dewasa. So saya bertanyakan kepada Prof Chin (Ya, saya bekerja di BWMC sebagai Bio Medical Engineer, so penjelasan ini adalah berdasarkan perbincangan saya dan beliau). Beliau juga telah memberi saya satu link di mana ada sebuah team profesional telah membuat kajian dan menyokong penjelasan beliau. Tuan2 sendiri boleh baca.

http://www.medicalnewstoday.com/articles/152712.php

Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya tiada kena-mengena dgn Kobayashi Pharmaceutical (pengeluar koolfever) dari segi kerja mahupun personal, cuma saya ingin memberi sedikit penjelasan yang saya kira agak adil untuk kita kaji bersama, bukan nya membuta tuli menuduh dan membuat post tanpa sebarang kaji selidik yang sah dan berdasarkan bukti. Sekiranya ada di antara tuan atau puan yang bekerja dalam bidang farmaseutikal ataupun perubatan yang mempunyai pendapat berlainan, sila komen dan mari kita bincangkan bersama...

No comments:

Post a Comment