Sunday 12 April 2015

DAKWAAN MINUMAN VITAGEN, SOLUVITE, YAKULT (PROBIOTIK) BOLEH MENYEBABKAN KANSER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nampak post kat atas ni? Aku dah start sakit hati tengok gambar kat atas sbb makin ramai orang momokkan kat aku post kat ats ni.

Baru-baru ni aku ternampak banyak post pasal Vitagen, Soluvite, dan Yakult. Basically, minuman probiotik ataupun susu kultur lah. Mula2 dalam group whatssap, dan kemudian makin banyak kat dalam FB. Yang paling famous post kat bawah ni.

So di sebabkan aku suka minum Yakult (sbb rasa sedap dan perut pun rasa selesa nak memerut), aku jadi risaulah. Ye lah, kang sia-sia aku kena kanser. Dulu aku tak hisap rokok sebab tak nak kena kanser, skrg ni minum susu pun kena kanser? Tak boleh jadi nih. So aku try lah search balik original post tapi tak jumpa. Sebab aku ada banyak keraguan pasal post ni. So aku pun try rujuk dengan doktor yang aku kenal (personally dan professionally) dan akhirnya aku dapat jawapan dari seorang doktor perubatan iaitu Doktor Zubaidi Haji Ahmad. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang perubatan, kini bertugas sebagai Senior Medical Officer di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, merupakan ahli jawatankuasa dalam Malaysia Medical Association, dan ahli Persatuan CPR untuk negeri Johor.

Antara perkara yang beliau pertikaikan dalam post asal ni adalah

1) Nama doktor yang di dakwa memberi info minuman ini berbahaya ini tidak di beritahu. Sekiranya ada nama doktor, jawatan, jabatan, dan lokasi hospital yang beliau bertugas, Dr  Zubaidi boleh periksa dengan secara teliti maklumat yang diberikan oleh doktor itu sbb skrg ni mungkin terdapat salah faham ataupun mis communication antara pesakit dan doktor.

Doktor Zubaidi mengesahkan bahawa kuman probiotik di dalam minuman kultur ini adalah selamat di minum termasuk lah untuk wanita mengandung yang sedang menyusukan anak.

Namun beliau akui yang minuman ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai sistem daya tahan diri yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria hidup, dikhuatiri akan berkembang terlalu cepat bagi mereka yang mempunyai sistem daya tahan diri yang lemah. Ini termasuk

a) Pesakit HIV/AIDS
b) Pesakit yang baru menerima organ dan sedang mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan
c) Pesakit diabetes
d) Pesakit kanser dan penerima rawatan kanser seperti chemo dan radioterapi
e) Pesakit penyakit ginjal dan penerima rawatan dialisis
f) Pesakit penyakit autoimmune, contohnya SLE
g) Pesakit yang mendapat rawatan steroid
h) Pesakit yang baru menjalani pembedahan usus

2) Bagaimanakah kuman baketria sihat yang dikatakan selamat selepas penyelidikan lengkap di katakan berbahaya untuk manusia? Adakah kajian yang menyeluruh telah dijalankan untuk mengesahkan dakwaan ini?

Pemilihan kuman probiotik mestilah memenuhi syarat2 berikut

a) Terbukti selamat untuk manusia
b) Dapat hidup dan membiak dalam usus
c) Mampu hidup walaupun ada asid perut
d) Terdapat bukti saintifik memberi kesan baik terhadap kesihatan
e) Tidak tinggal di dalam usus dan akan di keluarkan dalam proses perkumuhan

Standard ini selaras dgn garis panduan yang di keluarkan oleh WHO pada tahun 2002.

3) Bagaimanakah kuman baik yang hanya tinggal di dalam usus boleh menyerang air tulang belakang?

Semua ini adalah kenyataan Dr Zubaidi yang dinyatakan di dalam blog beliau. Aku cuma copy dan paste je kat sini. Bahkan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pun telah mengeluarkan ulasan secara rasmi di dalam Harian Metro pada 12 April 2015, mengatakan minuman probiotik yang di dakwa menyebabkan sel kanser adalah mengarut.



Wallahualam.. Jadi jangan lah kita menyebar berita palsu dan buat penyelidikan secara menyeluruh. Google je pun senang.