Monday 8 September 2014

Berita Palsu Baby Bites Ada Plastik



Assalamualaikum...

Aku rasa ramai yang dah baca dan tengok post gambar dan video pasal baby bites yang tebakar dan meninggalkan kesan hitam, contohnya post dari minah kat atas. Lepas tu terus mendakwa baby bites tu ada bahan plastik dan terus suruh semua suri-rumah, para ibu untuk berhenti bagi makanan baby bites ni pada bayi diorg sebab makanan ni ada plastik. Mula-mula aku tak nak ambil kisah lah sebab terus-terang bagi aku ni cerita paling bodoh aku pernah dengar, tapi aku mula jadi ambil kisah sebab isteri aku pun dah start terpengaruh dengan cerita ni. Ye lah, sbb masa anak aku Zara masih kecik aku rajin belikan dia makanan ni.

Di sebabkan isteri aku pun dah start risau, aku pun buat lah eksperimen sendiri dengan membeli baby bites, biskut cracker Jacob's dan Twisties Cheese. Aku membeli 3 brand ni atas sebab2 berikut:-

1) Ketiga-tiga brand ini mempunyai kalori dan kandungan kanji yang hampir sama. (Dimana aku suspect menjadi bahan bakar)

2) Ketiga-tiganya bukan dari kilang yang sama (yelah, kalau sama nanti korang kata bahan dia sama)

3) Aku pilih 3 benda ni sbb target buyer dan kategori dia orang yang berlainan. (Baby Food, Healthy Food, Junk Food)

So aku pun try lah bakar baby bites dulu. Okay, tak memeranjatkan sbb memang dah kecoh pasal bende ni pun. Lepas tu aku try dgn biskut Jacob lak, pastu dgn Twisties Cheese pulak. Korang tau apa yang aku nampak? SAMA JE LAH!!!



Berdasarkan eksperimen aku, semua bagi kesan yang sama bila di bakar. Dan bila aku pikirkan pun, buat apa aku nak buat eksperimen ni? Dah nama pun kau bakar, konfem lah jadi hitam kan? Tak pernah lagi aku tengok kita bakar pape jadi putih berseri bak iklan Fab pulak? Sedangkan kita terlebih bakar ubi kentang yang tanam sendiri pun jadi hitam jugak. 

Pastu isu bau hangit macam plastik terbakar. Berapa banyak jenis bau hangit yang ada? Kalau dah bau hangit tu, bau hangit jugak. Kalau masak nasik hangit dgn plastik hangit macam lah ade beza? Lagipun, baby bites tu mudah terbakar sebab ada kandungan starch yang tinggi. Kalau dah bangang sgt, starch tu KANJI. Tau kanji? Biasanya dibuat dari tepung ubi kayu untuk memekatkan sup, makanan, mengeraskan makanan. Kanji mempunyai kandungan kalori (tenaga) yang boleh dibakar, ok? Paham setakat ni?

Plastik akan kekal sebagai plastik selepas dibakar. Ia tak bertukar menjadi abu. Begitu juga bila masuk mulut dan kena air liur. Starch (bukan plastik) jadi hancur dan cair dalam mulut disebabkan tindak balas air liur (air). Plastik kekal sebagai plastik jika direndam dalam air berminggu-minggu pun. Dan, starch akan bertukar menjadi tahi selepas diproses dalam perut. Plastik tak bertukar menjadi tahi lepas keluar dari perut. Ada faham?
So jangan jadi bangang dan buat kesimpulan sendiri tanpa buat sebarang ujikaji ataupun penyelidikan. Bukan nya nak suruh korang gi buat degree dalam Sains Pemakanan pun, suruh carik guna google je. 
PS - Gambar kat atas bukan gambar aku sendiri, sbb masa aku buat eksperimen tu hp ade problem. So aku pinjam gambar dari website lain. Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment