Friday 12 September 2014

Poligami Bukan Untuk Melampiaskan Nafsu Sahaja

Assalamualaikum...

Pertama sekali ingin aku tegaskan, yang aku bukanlah ahli ulama yang ada kelulusan dari Mesir mahupun pernah belajar sekolah pondok. Cuma aku ni seorang yang selalu gi ceramah agama dan dapat banyak bimbingan agama dari guru-guru dan ustaz-ustaz yang mana aku sangat hormati kerana tidak kedekut ilmu mahupun biased dalam memberi pandangan dalam hal agama.

Baru-baru ni aku terbaca satu artikel Facebook pasal sorang mamat ni dia beri pandangan dia pasal poligami. Specifically dia komen pasal ustaz yang bercerita pasal poligami itu sendiri. Korang boleh baca sendiri kat page dia kat sini, ( https://www.facebook.com/khairulhakimsaibani/posts/1443503972535824?fref=nf ) itupun kalau dia belum delete. Kalau dia dah delete, sila baca kat file yang aku attach bawah ni. Sorry about the quality tapi kalau korang zoom boleh lah baca kot.



So di sini aku nak cakap kat konon 'Tan Sri' Khairul Hakim ni, tak payah rasa cam bodoh sebab aku rasa memang kau bodoh pun, meh aku tambah bangang dan bahlul sekali. (Maaf atas kekasaran bahasa itu ye?) Kenapa? Sebab kau cuma memandang poligami ni sebagai institusi menyalurkan nafsu sahaja, dan kau sebenarnya tak faham apa yang Ustaz kau tu cuba sampaikan dalam ceramah dia tapi kau cuba berlagak seperti seorang hero untuk kaum wanita dgn menolak hujah dan pendapat Ustaz-Ustaz ini. 


So dia mendakwa ustaz-ustaz ini menggunakan NAFSU sebagai lesen untuk berpoligami? Jadi ingin aku tanyakan kepada dia. Apa yang salah? Betul, ayat 

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31).

 Ini adalah ayat yang memberitahu kita supaya menjaga nafsu kita. Tapi ayat ini juga bermaksud agar kita menyalurkan nafsu kita di jalan yang SAH, itulah maksud sebenar ayat ini. Apa itu jalan yang sah? Itulah isteri-isteri kita. Memelihara kemaluan itu bermaksud kita menjauhi ZINA dan cara kita menjauhi ZINA adalah dgn institusi perkahwinan, dan poligami adalah salah satu daripada kelebihan perkahwinan. 

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Tapi jangan lah pulak korang salah paham ayat ini maksudnya kita boleh buat suka hati kat bini kita tanpa mengira perasaan dia. Sbb Allah dah bagitau yang kita kena hormat isteri kita sbb dia dan kita sama je darjat nya seperti yang dijelaskan 

"Isterimu itu adalah pakaian kamu, dan kamu adalah pakaian mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 187)


Atas dasar apa saudara mendakwa Poligami ini bukan sunnah? Apa maksud sunnah sebenarnya? Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan. Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.


Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.


Jadi berdasarkan pengertian2 ini, Poligami bukan sunnah? Ajaran sesat apa yang kau cuba sampaikan ni? Poligami mempunyai syarat2 dan peraturan yang ketat sbb nak menjaga kepentingan semua pihak. Bahkan ada keadaan di mana poligami menjadi hukum HARAM. Tapi ada juga keadaan di mana Poligami menjadi hukum SUNAT, dan juga MAKRUH. 


Dalam perenggan ke 6, saudara Khairul Hakim ada menyebut mengenai kekejaman poligami ini kerana mereka tiada hak, tanpa ada kata dua, tanpa ada pembelaan sesiapa. Ingin aku bertanya soalan mudah, saudara sudah berkahwin ke? Pernah tengok majlis akad nikah ke? Setiap kali majlis, jurunikah akan bertanya kepada pihak perempuan mengenai persetujuan dia sendiri. Ini menunjukkan setia majlis perkahwinan adalah daripada kerelaan mereka sendiri. Kalau saudara merujuk kepada isteri pertama, kaum wanita boleh menuntut fasakh sekiranya suami mereka gagal menunaikan qawwamun iaitu tanggungjawab mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa kaum wanita mempunyai hak dalam institusi poligami. Allah dah beri kelebihan ini kepada lelaki, sama seperti lelaki mempunyai hak dalam talak. Nak pertikaikan hukum Allah? Silakan..


Nak bandingkan Nabi bermonogami 25 tahun dengan Nabi berpoligami 10 tahun? Al-Quran 30 juzuk 114 surah tu cuma lengkap 1400 tahun lepas, padahal Injil, Taurat dan Zabur dah turun semenjak 3000 tahun lepas. So maksudnya tak nak ikut Al-Quran ke? Cuba buat perbandingan yang logik sikit, jangan buat perbandingan yang menampakkan kebangangan diri sendiri boleh tak?

Kemudian ada pulak Jumhur Ulama sepakat poligami itu harus, bukan sunnah. Tadi Aku dah jelaskan, berdasarkan keadaan, poligami boleh jadi SUNNAH, boleh jadi HARUS, boleh jadi MAKRUH, bahkan boleh jadi HARAM. Sama juga dengan makan babi, berpuasa, dan banyak lagi. Semuanya mengikut keadaan, sebab Islam ni agama yang syumul, (Bak kata kau sendiri lah kan) Pasal Rasulullah melarang puterinya dimadukan, tolong jangan  menipu dengan ayat "Rasulullah melarang kesemua puteri baginda dimadukan.." Baginda cuma pernah melarang Saidina Ali bin Abi Talib memadukan puteri baginda Fatimah. Hadis Al-Bukhari itu jelas 


"Dan sesungguhnya aku bukan ingin mengharamkan sesuatu yang halal, bukan pula menghalalkan sesuatu yang haram. Akan tetapi Demi Allah, selamanya tidak akan berkumpul puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan puteri musuh Allah di satu tempat selama-lamanya."[Shahih al-Bukhari, no: 2879]


Rasulullah berkata sedemikian apabila puteri Abu Jahal ditawarkan sebagai isteri kedua buat Saidina Ali, bukanlah kerana baginda menolak poligami itu sendiri tetapi kerana Baginda risau Fatimah akan disakiti oleh puteri Abu Jahal. Fakta sejarah ini sering disembunyikan oleh kelompok yang menolak poligami (Contohnya 'Tan Sri' Khairul ni lah kan?) Baki sejarah ini boleh dibaca di http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/11/ali-ditegah-memadukan-fatimah.html


Kemudia mintak pula pembaca dimadukan sbb nak tengok redha takat mana?! Apa ni? Macam budak kecik. Secara peribadinya, aku pun tiada sebarang perancangan untuk berpoligami. Kenapa? 

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Jika kamu masih tidak mampu, maka kahwinilah seorang sahaja” (Surah An-Nisa’:3)


Basically, sbb aku tak mampu. Bukan sbb duit sahaja,  tapi termasuk juga sbb aku takut tak mampu berlaku adil. Aku juga tak mampu untuk beri kasih sayang kepada orang lain selain isteri aku sekarang. Di sini aku cuma menyimpan niat poligami kerana menurut Islam, simpan niat pun dah dapat pahala. Namun atas banyak sebab peribadi pun aku takkan berpoligami. Kenapa? Kalau betul aku berniat atas sunnah, so aku kena lah ikut cara Nabi. Kahwin dgn janda, anak yatim, dan itu aku tak mampu sbb tanggungjawab nya tinggi. Tapi, kenapa perlu pergi jauh sampai menolak Poligami dan sanggup menghina alim ulama? Menghina ahli ilmu dan orang-orang sholih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik seperti  ditetapkan dalam al-Qur`an,  firman Allah, 

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211).


Firman Allah tentang orang-orang munafik,

“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.”
(Al-Baqarah: 14).


Bagi aku, kalaulah rasa kau betul dan ada fakta yang boleh menyokong kenyataan kau, ajukan persoalan itu sendiri ke Ustaz Ferrari kau tu. Kalau rasa lagi hebat, ajak buat debat secara terbuka dan rakam pastu post video tu kat Youtube supaya semua orang boleh tengok. Setakat menyalak dalam Facebook? Nampak macam desperate for attention je. Konon nak jadi hero wanita, but end up as joke for society. Pathetic..


No comments:

Post a Comment