Thursday 25 September 2014

GST untuk Kemajuan Negara?

Assalamualaikum...

Aku terpanggil untuk menyuarakan pendapat aku. Sebenarnya aku bersetuju dengan GST. Ya, itu bukan typo error, aku sebenar-benarnya menyokong GST, iaitu Good Service Tax. Sebelum korang melatah mula mencarut sambil buat pertuduhan yang aku ni tetibe jadi kaki kipas kerajaan atau tali barut pembangkang, meh sini aku terangkan dulu. Aku bersetuju dengan GST dengan syarat iaitu beberapa keadaan mestilah dipenuhi terlebih dahulu.



1) Ketirisan dalam pentadbiran negara menghampiri sifar - Maksudnya sebarang loophole dalam pentadbiran kewangan dah kurang lah. Apa guna GST tapi hutang negara semakin meningkat? Maybe korang tak tau tapi hutang negara dengan IMF dah melebihi RM 610 Billion. Zaman kegawatan ekonomi masa 1998 pun baru RM 110 billion. Tapi dalam hutang negara makin meningkat, makin banyak pulak projek2 tak berguna yang kerajaan buat. Sebagai contoh, pembelian 3.4 billion Scorpene pada tahun 2009 yang akhirnya langsung tak berguna semasa tragedi MH370 pada 2014. Britain ada Nuclear powered submarine, Trafalgar-Class yang dah berusia lebih 30 tahun. Model ni masih ada production baru, boleh dibeli dengan harga RM 200 juta sahaja. Jadi mengapa kita masih belanjakan lebih dari 3 billion utk 2 bijik sub yang tak berguna untuk SAR?

2) Pendapatan perkapita negara meningkat - So skrg mestilah ramai yang fikir, negara lain elok je buat GST. Singapore buat GST lagi banyak, iaitu 9%. Norway lagi gila, buat 25%. Hello?! Kalau lah aku kaya cam orang Singapore atau org Norway aku tak kisah tau? Meh aku terangkan dulu pendapatan perkapita tu mende. Pendapatan perkapita tu merujuk kepada pendapatan purata berdasarkan jumlah pendapatan setahun negara itu dibahagikan dengan jumlah penduduknya. Malaysia skrg ni mendapat secara purata sebanyak RM 33k setahun, lebih kurang RM 2,750 sebulan. Kira ok lah kan? Singapore? RM 181,750.00 setahun. Maksudnya diorg dapat 5 kali ganda dari kita. Tapi beza GST kita dan diorg cuma 3% je. Ape hal nya pulak tu? Norway pulak dapat RM 182,144 setahun. Memanglah dia cas 25% GST/VAT, tapi kerajaan dia compensate dgn memberi pendidikan percuma dan khidmat perubatan percuma untuk semua rakyat nya. Senang cerita, gi belajar dan masuk hospital free. Malaysia ada?

3) Sudah tiada orang miskin kat Malaysia - Sekarang ni masih ramai orang yang tidak berkemampuan kat malaysia ni. Namun menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pendapatan purata berdasarkan survey kepada hampir 90,000 pemilik rumah mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM 5,900. Nampak macam rata-rata orang Malaysia dah kaya lah kan? Tapi kalau betul camtu, kenapa masih ramai gelandangan? Kenapa masih ramai pengemis jalanan? Lagipun kalaulah buat survey kepada pemilik rumah, mestilah survey tu nampak banyak sbb orang yang dah mampu mestilah dah beli rumah. Cuba include sekali dengan orang yang menyewa. Aku boleh jamin angka tu akan jadi rendah.

So secara am nya, ini telah menjelaskan pendirian aku. Bukanlah aku ni nak sangat GST ni dilaksanakan. Tapi kalaulah ke semua syarat ni dapat dipenuhi, buatlah, sebab masa tu memang aku dah cukup mampu untuk bayar GST ni. Tapi kalau sekarang? KITA TOLAK GST!!!

No comments:

Post a Comment