Tuesday 25 February 2014

Makcik Oh Makcik...

Assalamualaikum...

Baru2 ni aku dan kawan aku gi jemputan kat area Kajang. Member group aku kawin, so diorg jemput kitorg. Cerita cam biasa kan? Cam boring je kan? Rilek dulu, ade moral disebalik mukadimah ni.

So sampai je terus bg hadiah dan salam bapa pengantin. Lauk pun lauk standard kenduri kawin, nasik minyak, ayam msk merah, rendang daging, dalca buah. Bahagian ni xde relevan pun, saje nak bgtau. Hehehehe

Ok2, serius sikit. So masa tgh mkn tu, member aku (pengantin lelaki) pun sampai. Diberitahu dahulu yg member group aku ni kira hensem lah jugak org nya. Tiap kali kitorg ade function dia ni diantara org yg awek konfem akan pandang dua kali.

Berbalik ke cerita asal, masa makan aku dgn 2 org kawan aku ni duduk lah kat meja bulat yg kosong. Sebelah meja ni ade lah sorg makcik dgn 2 org anak dia. Meja tu ade 6 kerusi, tp dia dah conquer utk family dia. Tiap kali ade org nak duduk, dia ckp ade org. Bila org tanye dah abis ke belum, dia kata belum, padahal pinggan dia dah tolak tepi dah pun. Tapi tu bukan isu nya. Isu nya time pengantin dtg tu, dia bg komen hampeh..

Makcik : "Tu ke pengantin nye? Yg lelaki hensem, tp yg pompuan tu dah lah buruk, gemuk, nampak tua pulak tu. Isk, Tak padan langsung. Mesti pakai minyak guna2 ni."

Eh2?! Sedap nye mulut mengata org... Yg dia tu cun sgt ke? Tp aku tak kisah, malas nak tegur. Kang kalo jadi kes bertekak buat malu kawan aku je. Pastu laki dia sampai kat meja dia. Tetibe je member aku bersuara..

Member : "Lah?! Tu ke laki makcik ni? Laki nye hensem, tp yg makcik tu dah lah buruk, gemuk, mulut kuat mengata, tamak kerusi meja. Isk tak padan langsung. Mesti kawin dulu pakai minyak guna2 ni"

Tetiba aku dpt rasa macam mana makan ayam masak merah guna lubang hidung kanan pastu minum sirap pakai lubang hidung kiri. Tersedak yang sangat epic beb!! Pelan2 aku pandang makcik tu. Muka putih bedak dia nampak cam baru tepek cili merah, anak2 dia leh gelak2. Laki dia buat muka konfius. Kitorg buat muka selamber dan terus habiskan makan.

Moral of the story adalah, nak sound tepek sila info brother yg tgh mencekik dulu. Hahahahaha

No comments:

Post a Comment